Sunday, May 25, 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada tanggal 22 Mei 2014, secara rasminya Alumni Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek atau ringkasnya ALUMNI SAMSES tertubuh dengan jayanya. Persatuan ini telah memohon untuk didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) pada sehari sebelum kelulusan diberi iaitu pada 21 Mei 2014 pada jam 3.30 petang. Buat pertama kalinya sekolah ini mempunyai alumninya sendiri seperti sekolah-sekolah lain sekaligus meletakkan Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek setanding dengan mereka. Dengan persetujuan Jawatankuasa Penaja Alumni, maka sukacita dimaklumkan bahawa Khairul Faezi Kastor telah dilantik untuk mengisi kerusi Pengerusi ALUMNI SAMSES yang pertama. In Shaa Allah, pelbagai perancangan telah dirangka melalui kerjasama dengan pihak sekolah dan pihak PIBG. Antaranya ialah Makan Malam Amal, program motivasi dan sahsiah. Selain itu, kami juga bakal mengedarkan borang keahlian melalui biro-biro alumni dan pihak kami cuba menyediakan pendaftaran atas talian (online). Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak demi manfaat generasi akan datang. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum,
ReplyDeletesaya hairul alumni samten, ingin bertanya. Adakah alumni tuan ni masih aktif?
untuk makluman tuan, alumni samten telah didaftarkan dibawah ROS pada tahun 2008.
mungkin satu hari nanti boleh buat program bersama atau ada gabungan alumni-alumni SAM seluruh negeri selangor. InsyaAllah
Boleh lawati kami di : http://alumni-samten.blogspot.my/